Assalammualaikum dan Haiiii semua kepada yang sudi membaca my Blog.
Ok.. ini adalah blog saya yang terbaru, sebelum ni pernah ada blog juga, tapi dah lupa alamat email dan password sebab dah berkurun sangat tak ada masa nak menaip.
Ok kita berbalik kepada tajuk diatas,
Actually is not me yang pergi Interview Penolong Jurutera ni.
Suami saya yang dapat temuduga ni, So dengan penuh harapan dan Usaha yang dia dah buat, Dia pergi untuk Temuduga ni untuk yang kali ke berapa Ke-3.
Untuk pengetahuan semua...acewaaahhh, skema gile ayat...😁
Temuduga kali 1 dan kali ke 2 suami saya berjaya sebagai Calon Simpanan sahaja.
Namun masih belum ada rezeki untuk mendapat Lantikan Tetap walaupun setelah Tamat tempoh urusan.
Kalau uoollsss nak tahu, peluang untuk suami saya berjaya sebenarnya agak tipis sebab untuk Penolong Jurutera Elektronik ni peluang sangatla terhad. Melainkan kalau sebelum ni suami grad dengan Kos Awam, Elektrikal or Mekanikal.. Yesss peluang untuk Calon Simpanan diserap masuk sangatlah tinggi. Macam semua sedia maklum, untuk kos Awam, Elektrik dan Mekanikal banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak Jabatan dan Kementerian sebab ia adalah satu bidang atau Skop yang sangat meluas.
Tapi tipulah saya katakan, Suami sangat2lah berharap agar Temuduga kali ini dia berjaya terus dalam temuduga tersebut sebab dah Fobia dengan Status Calon Simpanan ni tapi bersyukur jugalah sebab tak gagal terus kan...
Saya minta kepada yang membaca, tolong doakan suami saya berjaya untuk urusan temuduga kali ini.
Dan saya juga akan mendoakan kalian yang akan menghadapi peperiksaan dan temuduga berjaya dalam setiap urusan kalian.
No comments:
Post a Comment